Pada era yang kononnya penuh dengan kemodenan ini, manusia amnya
seakan-akan bertuhankan yahudi dan berkitabkan nasrani. (Maaf. Mungkin agak keras bunyinya tapi inilah hakikatnya) Islam hanya tinggal pada nama,
namun praktikalnya jauh sekali. Budaya barat yang jauh dari landasan syariah
menjadi sanjungan dan teladan. Ukuran kemajuan tidak lagi menurut pertimbangan
Islam. Orang yang berpegang pada Islam dianggapnya jumud, kolot bahkan digelar
ekstremis.
Aku melihat rakan
sebayaku sudah hilang Islam dalam diri. Mereka leka dengan hedonisme yang
menggiurkan hati. Suasana sebegini menyebabkan aku sunyi dalam keriuhan ramai
dan kosong dalam lambakan hiburan. Aku mencari-cari sinar illahi yang dahulunya
mudah didapati tetapi apabila berhijrah ke sini, sinar itu kian kelam dalam kealpaan
manusia.
Aku mula mendekatkan
diri dengan Musolla As-Saad agar diriku mendapat petunjuk dan tarbiah dari
Allah. Sesungguhnya aku percaya dengan firman Allah dalam surat At-Taubah, ayat 18
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ
وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللَّهَ
فَعَسَى
أُوْلَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنْ الْمُهْتَدِينَ
18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap
mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain
kepada Allah, Maka mudah-mudahan merekalah termasuk dalam golongan orang-orang
yang mendapat petunjuk.
Aku tertarik dengan potongan ayat terakhir yang maksudnya “Maka
mudah-mudahan merekalah termasuklah dalam golongan orang-orang yang mendapat
petunjuk.” Ya Allah, berilah aku petunjuk!
Apabila diri ini berjinak-jinak dengan Musolla, aku kenal sekumpulan
manusia yang aku cukup hormati kerana mereka ini bekerja di rumah Allah dan
memakmurkan rumah-Nya. Pada waktu subuh, merekalah yang berhempas-pulas
mengejutkan orang dari tidur. Zohor dan asar pula, merekalah yang solat
berjemaah. Ketika menunggu solat Isyak, merekalah yang mengatur program bagi
menyediakan makanan rohani buat muslimin dan muslimat yang kelaparan tarbiah.
Ya Allah, beruntunglah kalau aku tergolong dalam golongan seperti ini!
Setelah sekian lama aku
di sini, aku pun diperkenalkan dengan satu organisasi yang pada pandanganku
satu aset terbesar buat umat Islam di tempat belajarku ini. MUSCOM namanya.
Singkatan daripada Musolla Community. Disebabkan bulatnya tekad untuk mencari
cahaya rabbani dan kentalnya azam untuk mengelakkan diri daripada terpalit
najis jahiliyah, aku membuat keputusan untuk menjadi pelajar yang taat setia
dengan aktiviti Musolla yang kebanyakannya dianjurkan oleh MUSCOM sendiri. Aku
sediakan kudrat untuk terus bersama Musolla, mengikuti segala programnya dan
bersujud rukuk bersama ahli-ahlinya.
Hadirnya aku bukanlah
sekadar menadah tangan untuk menerima ilmu. Hati dan mental juga aku hadirkan
bersama. Disebalik kenyangnya hati menerima makanan ruhiyah, mentalku panas dan
sedih. Apabila aku menoleh ke kiri dan kanan, aku dapati wajah-wajah yang sama
sahaja. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Hatiku mengeluh.
Bukankah umat Islam ramai di sini?
Kalau ramai, mana perginya ?
Sibuk sangatkah mereka ?
Adakah Islam ini hanya untuk segelintir manusia sahaja ?
Bukankah Islam ini untuk semua?
Kemudian, aku dipertemukan dengan satu hadis Rasulullah yang banyak
membangkitkan semangat kepada diriku. Seakan-akan nabi Muhammad berbicara
denganku untuk menenangkan jiwa yang lara.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa
sallam telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing
dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan
ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil” (Hadis Muslim
no.45)
Kebenaran kata-kata
mulia Rasulullah benar-benarku terasa sekarang. Orang yang mengaku Islam ramai
bilangannya, namun orang yang betul-betul berpegang padanya hanyalah sedikit.
Di tempatku, orang yang bersuka ria di luar sana terlalulah ramai, tetapi orang yang
melabuhkan punggungnya di Musolla untuk membaca ayat-ayat Allah, menahan
telinganya mendengar tazkirah, menekan dahinya bersujud kepada Allah sangatlah
sedikit. Bahkan, orang-orang
seperti ini selalu dianggap ganjil dan anti-sosial.
Melompat beramai-ramai
bersama laki perempuan tidaklah dirasakan asing tetapi solat berjemaah siang
malam beramai-ramai dianggap satu keganjilan yang nyata. Bunyi bising jeritan
dan muzik melalaikan dirasakan norma budaya, namun, ayat suci Al-Quran dan
hadis rasulullah yang dibacakan dianggap satu kepelikan dan keganjilan. Pada akhir zaman ini, mereka yang berusaha
mengembangkan syiar Islam seperti makhluk asing dalam masyarakat. Akan tetapi,
makhluk asing itulah yang beruntung di hari pengadilan nanti.
Aktiviti-aktiviti Musolla kurang mendapat
sambutan. MUSCOM seakan-akan syok
sendiri dengan program sendiri. Masakan tidak, pihak penganjur dan
krew-krewnya sahaja yang hadir. Tetamu yang diharapkan datang lesap entah ke
mana. Apabila ditanya. pelbagai alasan murahan diberi. Contohnya, tak cukup
masa, sibuk, nak studi, ada
banyak urusan yang perlu diberes tapi setelah direnung, hanya ada satu alasan
sahaja yang konkrit iaitu AKU TAK MAU !
Jika hati tidak inginkan agama, maka akal
digunakan untuk mencipta pelbagai idea bagi menonjolkan kesucian yang
hakikatnya satu kekotoran. Ahli-ahli MUSCOM dikritik dan dilabel dengan
pelbagai perkara. Kononnya, mereka yang bekerja di rumah Allah ini semuanya
hipokrit, hidup dalam pura-pura. Apabila ditegur oleh MUSCOM, mereka melenting
seolah-olah golongan yang menjalankan amar makruf nahi munkar ini orang yang
menjaga tepi kain orang.
Wahai sahabat yang beruntung !
Janganlah kerana kata-kata
orang itu membuatkanmu lemah. Janganlah kerana kurangnya sokongan anda berputus
asa. Janganlah kerana keganjilan yang anda bawa meranapkan semangat. Ingatlah,
sesungguhnya pada pandangan manusia anda ganjil tapi pada pandangan Islam anda
tidak begitu. Kuatkan imanmu dan banyakkan doamu. Biarlah kita syok
sendiri, kerana segala usaha yang kita lakukan ini mudah-mudahan
mendapat syok Allah.
Benarlah, di sebalik wanginya mawar, ada
durinya. Duri yang kadang kala
mencucuk diri tapi bagiku itu hanya satu duri biasa. Banyaknya duri langsung tidak menghilangkan rasa
wangi. Oleh itu, ahli MUSCOM, jangan biarkan duri semula jadi itu menghilangkan
rasa wangimu!! Kuatkanlah dirimu!
kekadang aku pun jadi mcm ni... perlu lebih istiqamah
ReplyDeletekita ni manusia biasa.. kdg2 terlupa, namun lupa itulah yg mengingatkan! so, istiqamahlah..pasni slalu2 laa ke surau n join pape prgrm MUSCOM. sediakan diri utk ditarbiah..
ReplyDeleteinilah dilema yg dihadapi skrg~
ReplyDeletep/s : ak bru tau ko ada blog~
hehe.. baru buat jer.. support yer..
ReplyDeleteberblog sekang
ReplyDeleteuih.. terharu~
ReplyDeletehu......agak r...
ReplyDelete